Sunday 18 September 2011

Aktiviti Bubur Lambuk

Bismillahhirahmanirahim.......
 Bersyukur kehadrat ilahi kerana akhirnya ahli Juswar boleh menarik nafas lega program bubur lambuk diantara mentor bersama mentee dapat dijalankan walaupun bukan dengan jayanya. Hal ini kerana ini merupakan pertama kalinya Juswar mangadakan program bubur labuk buat julung-julung kalinya diadakan dengan menjalinkan semangat ukhwah islamiah diantara mentor dan mentee serta jalinan sejati diantara warga kolej.
Pertama sekali jutaan terima kasih ditujukan kepada pengarah kolej kerana telah meluluskan program bubur lambuk yang telah menelan bujet sebanyak RM 2800 dimana bubur lambuk ini akan diedarkan kepada 700 orang pelajar, pensyarah, dan juga staff-staff.
Untuk pengatahuan pihak kolej, program bubur lambuk ini telah disertai oleh ahli Juswar, ahli Majlis Perwakilan Pelajar, dan juga ahli Majlis Perwakilan Asrama.Namun begitu, lebihan daripada bajet tersebut telah disumbangkan bagi menjayakan program Khatam Al-Quran

OBJEKTIF
1.1      Meraikan bulan Ramadhan.
1.2      Sempena menyambut majlis Khatam Al-Quran.
1.3      Mewarnaikan suasana Ramadhan.
1.4      Menjalinkan ukhwah yang mulia diantara mentor dan mentee serta warga kolej KPMBP.
1.5      Memberikan pendedahan kepada pelajar akan skop-skop pengyrusan berorganisasi.
Setelah berakhir program bubur lambuk ini pihak kami gembira kerana Objektif tercapai

          Majlis ini telah berlangsung pada ketetapan berikut:

                         Tarikh            : 20 ogos 2011
                         Hari                : Sabtu
                          Masa             : 9.00 am hingga 6.30.pm
                           Tempat         : Sekitar kawasan cafe

PERLAKSANAAN PROGRAM
Sebelum
Agihan kumpulan telah dijalankan mengikut nama kumpulan usrah, yang terdiri daripada:

·        Fatimah Al- Zahra
·        Asiah
·        Maryam
·        Saidina Abu Bakar
·        Saidina Othman
Dalam pada itu, khemah mula didirikan dan pihak kami juga telah menyedikan peralatan serta bahan-bahab yang diperlukan. Dengan mendapat kemudahan van kolej, kami telah keluar untuk membeli barang-barang yang diperlukan.
Dalam masa yang sama pihak kami juga telah membahagikan setiap peserta kepada 5 kumpulan dimana terdiri daripada ahli juswar, ahli majlis perwakilan pelajar, dan ahli majlis perwakilan asrama. Segala persiapan ntelah di buat pada malam tersebut.
            Semasa
Tepat jam 9.00 pagi kami telah mula bersiap sambil menungu ketibaan tukang masak yang di sewa dari Bandar Penawar. Dengan mendapat bantuan tenaga daripada ahli majlis perwakilan pelajar, bubur lambuk telah selesai dimasak pada waktu zohor. Kerja-kerja pembungkusan bermula setelah solat zohor.
Kami cukup bernasib baik kerana kerja-kerja pembungkusan dapat disiapkan sebelum waktu asar. ini kerana kami ingin memberi ruang kepada program Khatam Al-Quran yang mula berlangsung.
Setelah itu, ahli majlis perwakilan asrama mula mengagihkan bubur lambuk yang telah siap dibungkus kepada para pelajar, pensyarah, dan juga staf-staf. Dalam masa yang sama, setelah masuk waktu maghrib, bubur lambuk tersebut akan dirasa oleh para jura dan pemenang diumumkan.
Selepas
Setelah berakhirnya program bubur lambuk, pihak kami memulakan aktiviti pembersihan. Segala barang yang telah dipinjam telah dipulangkan. Aktiviti gotong-royong telah dilakukan secara beramai-ramai. 


















Saturday 6 August 2011

IMAN 4.0 Flat.. Kurniakanlah Kami Iman 4.0 Flat..:'(

Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Namun, aku harapkan moga pengalaman hidup ini dapat dijadikan iktibar dan titik tolak perubahan insan yang membacanya. Insya-Allah.
Aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan... makan, minum dan pakaian jauh sama sekali seperti rakan-rakan yang lain. Mungkin ini yang menyebabkan aku kurang mempunyai sahabat yang dapat mendengar keluh-kesah hidupku. Seingat aku, hanya ada tiga insan yang teramat penting dan bermakna dalam hidup pada waktu itu, ibu, kakak dan abang Cik. Mereka antara insan kurniaan Tuhan yang sentiasa menjadi tempat untukku bergurau dan berjenaka. Sahabat? Saat itu aku masih belum memahami makna di sebalik perkataan itu.
Aku masih ingat ketika saat aku ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Dengan berbekalkan duit hasil daripada pemberian saudara terdekat, aku membawa diri menuju ke sebuah negeri yang sebelum ini belum pernah ku jejaki. Keseorangan diri, bukan bersama keluarga seperti insan dan rakan-rakanku yang lain. Aku masih ingat kata-kata arwah ibu beberapa hari sebelum keberangkatanku.
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."
Kata-kata yang pada waktu itu sukar untukku tafsirkan dengan logik akal. Apa yang penting bagiku pada waktu itu ialah dapat melanjutkan pelajaran walau sejauh mana pun kaki ini perlu melangkah. Benak hati terfikir, mungkin ibu risau tentang perjalanan aku nanti. Jauh, dari Pahang menuju ke Kedah mengambil masa 10 jam dengan menaiki bas. Seorang diri pula.
"Allah ada ibu, Allah ada..."
Alhamdulillah, dengan bekal hanya Iman dan tawakal, akhirnya sampai juga kaki ini ke medan perjuangan ilmu bergelar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Melihat rakan-rakan yang datang bersama keluarga, tergambar betapa gembiranya perasaan mereka. Bertuah mereka, patut bersyukur pada Ilahi. Ibu dan ayah mereka senang, ada kereta untuk membawa anak tersayang menuju ke medan perang. Ayah aku? Hmm... teringat pula kereta lamanya yang tersadai di depan rumah. Ayah selalu bertarung dengan kereta kesayangannya itu. Sekali sekala syukur jika kereta itu dapat dihidupkan, tetapi selalunya memang sukar mendengar dentuman enjin daripadanya.
Harapan aku hanyalah satu, aku ingin memiliki satu-satunya angka yang cukup dikejar oleh pelajar ketika itu, 4.0 flat. Doa dan usaha aku gandakan dari hari ke hari demi mengejar kejayaan tersebut. Teringin sekali membawa balik angka tersebut dan menunjukkannya pada ibu. Walaupun ibu mungkin tidak mengerti apa makna di sebalik angka itu, cukuplah dapat melihat senyuman di wajahnya tatkala aku mengatakan aku antara pelajar cemerlang di kolej ini. Harapan itu aku simpan dan semat di dada. Adakah peristiwa itu akan telah tertulis di Lauh Mahfuz? Sungguh, Tuhan lebih mengetahui.
Aku masih ingat hari itu, hari Khamis. Aku keluar dari bilik kuliah dan menuju ke kantin. Aku cuba meraba-raba poket, mencari sekiranya masih ada sisa-sisa wang yang masih tinggal. Harapanku hancur, poketku kosong. Duit elaun telah habis aku gunakan untuk membeli barang-barang untuk menghadapi kuliah dan peperiksaan nanti. Dengan niat berpuasa, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik. Mataku masih memandang rakan-rakan yang sedang enak menjamu selera masing-masing. Kalau ikutkan nafsu, ingin saja aku pergi ke arah mereka dan meminjam wang seperti sebelum ini. Namun bila memikirkan hutang yang masih tidak dapat aku langsaikan, aku mengalah. "Minum air paip lagi hari ni," desis hati kecilku.
Salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa lapar adalah tidur. Cara itulah yang sering aku lakukan sejak daripada kecil lagi. Keluarga yang miskin menyebabkan kami sekeluarga sering menahan lapar sehingga berhari-hari lamanya. Mungkin sebab itu puasa tidak menjadi satu masalah buatku. Berlapar di siang hari sudah menjadi rutin waktu kecilku. Malam? hanya minum air paip dan terus tidur.
Aku melemparkan badan yang kian penat di atas katil dan cuba untuk lelap. Peliknya pada hari itu, aku mudah melelapkan mata, tidak seperti selalu. Dalam tidur, aku bermimpi perkara yang amat aneh sekali. Bayangkan, dua buah kotak masing-masing berada di sebelah kiri dan kanan. Lalu dua kotak itu bergerak menuju ke tengah antara kiri dan kanan, bercantum menjadi satu kotak. Setelah lama kemudian, hanya salah satu kotak sahaja yang kembali ke tempat asalnya tadi iaitu di sebelah kanan sedang kotak yang asalnya berada di sebelah kiri masih kekal ditengah-tengah.
Aku tersentak dengan deringan telefon bimbit yang berada di sisi. Dengan mata yang kurang jelas kerana tidak memakai cermin mata, aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Ni nombor ayah, desis hati. Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab panggilan tersebut. Eh, kenapa suara abang aku yang keluar ni? Mungkin talian di sana tidak berapa baik, sebab itu suara ayah dah macam suara abang, fikirku.
"Alif, mak dah takde..."
Kata-kata abang itu aku sambut dengan jeritan yang teramat. Sukar untuk aku percaya saat itu. Dalam keadaan wang yang kosong, aku bergegas menuju ke bilik sahabatku, Kamal. Saat itu, hanya dia yang terbit di benak fikiran. Mungkin dia dapat meminjamkan sedikit duit untuk tambang bas pulang nanti. Sesampai aku di muka pintunya, dia secara spontan melihat ke arahku lalu bertanyakan hajat kedatanganku.
"Mak aku dah meninggal Mal. Aku nak balik tapi takde duit. Pinjam RM50 mal, nanti aku bayar balik.."
"Takpe, kau tunggu sini, nanti aku datang balik. Tunggu kejap.."
Itulah sifat seorang sahabat. Dengan menebalkan mukanya demi seorang sahabat yang dalam kesusahan, dia pergi dari satu bilik ke bilik yang lain untuk meminta sedikit bantuan bagi membantuku. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa sejumlah wang.
"Nah lif, RM150 budak-budak ni yang kasi. Tak payah bayar balik, kau buat tambang bas dan makan minum kau dalam perjalanan nanti. Aku tahu kau tak makan dari semalam. Nanti aku jumpa pensyarah untuk tanyakan tentang bas. Budak sekolah kebetulan balik cuti seminggu hari ni lif, jadi tiket bas ke timur banyak dah habis. Kau tunggu sini."
........................................................................
Mataku memandang tepat ke arah mayat itu. Aku masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itu bukan ibuku, aku memandang ke arah langit lalu bertanya seolah-olah insan yang sudah kehilangan akal dan akidah. Ya Allah, apa dosa aku sehingga kau uji aku sebegini rupa? Air mata lantas membasahi pipi, seperti menjawab persoalanku. Aku pergi tanpa redha ibuku... ucapan terakhirnya masih terngiang-ngiang lagi di benakku...
"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."
Keberkatan dalam hidupku mula hilang, itu yang dapat aku rasai. Peperiksaan akhir semester satu merupakan penyeksaan buatku. Sukar sekali untuk aku menjawab persoalan yang diberi walaupun sebenarnya aku mengetahui jawapannya. Betul, walaupun aku tahu jawapan di sebalik soalan, aku masih tidak mampu menjawabnya, sukar untuk difahami, tapi itulah apa yang aku alami. Waktu itu aku mulai sedar, angka yang selama ini aku kejar tidak mungkin dapat aku miliki. Satu sahaja doa yang sering aku panjatkan pada Ilahi.
"Ya Allah, sekiranya Engkau tidak mengizinkan aku untuk memiliki 4.0 flat dalam pelajaranku, izinkanlah aku mendapat 4.0 flat dalam Imanku Ya Allah. Amin"
Saat itu barulah aku benar-benar sedar, aku terlalu mengejar 4.0 flat sehingga aku lupa tentang keberkatan daripada seorang ibu. Apabila keputusan diumumkan, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat 4.0 flat dalam kolejku. 4.0 flat, yang terbaik dan sempurna sekali, semua "A". Sehingga hari ini baru aku sedar, bukan 4.0 flat itu yang aku kejar. Tapi Iman 4.0 flat, Iman yang sempurna daripada semua segi. Semuanya "A", seperti para sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
"Ya Allah, kurniakan aku iman 4.0 flat, Iman yang sempurna..."
Pada kawan-kawan dan para sahabat yang membaca, harap kamu semua dapat mengambil iktibar. Sampai saat ini, keberkatan dalam menuntut ilmu masih saya tercari-cari. Usaha telah saya lipat gandakan, pensyarah dan tenaga pengajar telah sehabis usaha saya hormati. Namun kemudahan dalam menuntut ilmu tidak lagi saya rasai seperti dulu. Keputusan dalam peperiksaan semakin menurun dan tekanan dalam hidup semakin bertambah. Kenapa? Kerana Ibu.
Saya berasal dari keluarga yang susah dan waktu penghijrahan saya ke Kedah itu adalah saat di mana ibu sedang mengalami sakit tenat tetapi saya tetap dengan pendirian untuk menuntut ilmu dengan harapan dapat membetulkan umat Islam dan diri sendiri. Sedangkan saya tidak sedar saya dalam kemurkaan Allah. Sehingga hari ini saya berdoa, moga Allah ampunkan dosa saya terhadap ibu. Tiap-tiap pagi saya hadiahkan pahala al-Mathurat buat ibu, tetapi masih sehingga kini belum terjawab persoalan di benak fikiran. Anak soleh atau anak derhakakah aku ini?

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 'Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.'
[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]
Ingat sahabat sekalian, nabi menyebut "anak yang soleh". Ada satu syarat yang teramat berat sekali di situ iaitu soleh.
"Senangnya soleh di mata manusia, tetapi sukarnya untuk soleh di sisi Maha Pencipta."- Artikel iluvislam.com

Friday 5 August 2011

Fadhilat bulan ramathan


1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.


3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.


4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.


5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.


8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.



Thursday 4 August 2011

'Allah berkata : Setiap amalan anak Adam itu baginya ganjaran pahala yang ada hadnya kecuali puasa. Ini kerana puasa itu bagi-Ku, dan Aku yang memberikan balasannya. Puasa itu perisai . Apabila orang itu berpuasa,jangan mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya ataupun ingin berkelahi dengannya, katakan : 'Aku berpuasa'.

Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. (minyak kasturi kijang pun kalah)

Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan : Ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya. Tatkala dia bertemu dengan tuhannya, dia gembira dengan ibadah puasanya


(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Wednesday 27 July 2011

Permulaan Ramadhan

Salam Aura Kedamaian…

Di saat ini, debar di dada kian memuncak, resah dihati kian gundah, perasaan sabar kian tercabar.
Di saat ini juga, Jam Randik yang sebelumnya DERAS terasa PERLAHAN.. semakin hampir pada detik masa, semakin lambat rasanya masa beredar.. …!!



Ramadhan bulan mulia di mana ia sekali lagi BAKAL kembali menziarah. Buat mereka yang pasrah menantinya dengan penuh kesabaran, menanti ketibaan RAMADHAN dengan penuh KETERUJAAN dan DEBARAN. Bulan ini ternyata HIBAH dengan KEINDAHAN ALUNAN AL-QURAN.
INILAH BULAN DI MANA ‘KALENDAR KE-9 ISLAM’ KEMBALI DICARI!!
INILAH BULAN DI MANA ‘KALENDAR KE-9 ISLAM’ KEMBALI DIMAKMURKAN!!
INILAH BULAN YANG ORANG MULA KEMBALI MENGHITUNG JARI MENURUT KALENDAR KE-9 ISLAM…
BEGITULAH HEBATNYA BULAN RAMADHAN… bukan HANYA kerana IMARAHNYA suasana MASJID dan SURAU DENGAN SOLAT TARAWIH SEPANJANG BULAN INI.. tetapi juga MELIPUTI ‘MENGIMARAHKAN’ KEMBALINYA PENGHAYATAN MUSLIM TERHADAP KALENDAR ISLAM..!!!

Angka 9 memberi erti KEMATANGAN, seperti mana MATANGNYA benih kehidupan di dalam KANDUNGAN si ibu lalu MENGIZINKAN KELAHIRAN (permulaan yang baru). KEMATANGAN yang memberi KECUKUPAN dalam KEPERLUAN yang ditentukan di mana ia mengizinkan PERJALANAN BOLEH DITERUSKAN bagi menuju KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN. Ternyata, TANPA SEMBILAN BULAN ‘ALAM PERTAMA’ KITA dalam kandungan ibu kita itu, tiadalah KITA DI HARI INI…!!!
Ramadhan BULAN KE SEMBILAN.. Bulan yang ALLAH hadiahkan untuk INSAN, di mana RASUL ijazahkan untuk umatnya. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Apatah lagi kehadirannya itu didahului oleh REJAB & SYAABAN yang begitu banyak KELEBIHAN. Ianya seolah-olah PENGIRING YANG MENGEPALAI SANG‘RAJA’.. selama 2 BULAN sebelum RAMADHAN.. acara kemeriah telah bermula sebagai TANDA SANG RAJA sudah hampir MENJELMA!!.

JAWATAN KUASA USRAH DAN SURAU KOLEJ PROFESSIONAL MARA BANDAR PENAWAR


PENGERUSI                      : MUHAMMAD HAZWAN BIN DOLAH MAHFUT
T.  PENGERUSI                 : DURRAH ATIKAH BINTI ZAINAL ABIDIN
SETIAUSAHA                   : SITI NURFARAHAIN
BENDAHARI                     : NAZIRUL MUBIN BIN AHMAD ZAKI

EXCO TARBIAH, LATIHAN (L)               : AMIR SAIFUDDIN BIN JAAFAR
&KEPIMPINAN               (P)                  : AIZZAH BINTI ABD KADIR
                                                   
EXCO PERHUBUNGAN, INFORMASI (L) : HAWARI BIN DAUD
& MULTIMEDIA                            (P)     : SYAKIRAH ALIYAH BINTI AZHAR

EXCO ECONOMI (L)                        : NUR HAFIFUDDIN
                       (P)                         : NURHAFIZA

EXCO KEBAJIKAN (L)                      : ABD JALIL IKRAM BIN A HAMID
                         (P)                       : SITI MARYAM BINTI OSMAND

EXCO TAKMIR, KEBERSIHAN (L)         : MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMAN
& KECERIAAN                      (P)         : ANIS FATIHAH BINTI AMIR

EXCO SUKAN, RIADAH (L)                    : WAN MUHAMAD FAKHRUDIN
& REKRIASI               (P)                            : NAZIRAH BINTI OMAR