Thursday 12 April 2012

HIDAYAH ALLAH ITU SANGAT BERHARGA

"Hidayah Allah Itu Sangat Berharga" - Alhamdulillah, itu yang diperkatakan tatkala kita membaca pelbagai berita sejak akhir-akhir ini diuar-uarkan tentang artis-artis sudah berhijrah ke jalan yang diredhai Allah. Sesungguhnya kuasa Allah itu sangat luas dan meliputi seluruh alam ini. Hanya Allah yang mampu memberikan hidayah kepada manusia dan DIA juga mampu menarik kembali hidayah dari manusia.


Allah telah berfirman"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
Al-An'aam , 125   

Kini kita dapat melihat saban hari semakin ramai artis yang sudah berhijrah. Sesungguhnyakita sebagai hamba Allah semestinya akan berasa cemburu dengan hidayah yang Allah berikan kepada mereka. Adakah kita hanya duduk mencemburui atau kita bertindak mengejar hidayah Alllah. 

Firman Allah Taala bermaksudSesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11)

Sesebuah bangunan itu tidak akan terbina dengan sendiri andai tiada orang yang membinanya, begitu  juga denga Sesuatu perkara itu tidak akan terjadi jika tiada orang yang melakukannya. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya sentiasa mencari dan bermuhasabah diri mengapa dan kenapa diri kita jauh dan tidak mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah itu sangat berharga kerana setiap perlakuan seseorang selepas itu akan bertukar, dari kekufuran menjadi kepada beriman. Kita lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, mereka mendapat hidayah Allah sehingga sanggup menggadaikan semua hartanya hanya kerana Allah. 

Lihat ketika zaman penyebaran islam di Mekah oleh Rasulullah s.a.w, banyak mukjizat kekuasaan Allah yang ditunjukkan oleh Beliau, akan tetapi tidak dapat juga hidayah daripada Allah antara nya Abu lahab dab Abu Jahal. Pelbagai mukjizat telah diperlihatkan kepada mereka akan tetapi disebabkan hati mereka yang sentiasa menolak, itu yang menjadikan mereka tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.

Kita mungkin sering berniat untuk berubah dan menjadi lebih baik, tetapi bagaimana tindak tanduk perlakuan kita? Adakah ia sehaluan dengan perubahan yang kita hendak lakukan? Adakah dengan berkata-kata, kita akan berubah? Allah mementingkan hidayah itu kerana Ianya sesuatu yang sangat berharga dan kita sebagai hambanya perlulah sentiasa berusaha dan tidak jemu untuk mendekatkan diri kepadaNya kerana usaha yang kita lakukan pasti akan mendatangkan hasil. Insha'allah

Firman Allah SWT dalam surah Yunus, 10:57:
Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Terdapat pelbagai alternatif yang kita boleh ambil untuk berubah, memandangkan kini adalah zaman yang serba canggih, hanya mahu ataupun tidak. Berdasarkan ayat diatas, Allah menyatakan Al-Quran itu sendiri sebagai nadi untuk penyembuh penyakit-penyakit yang berada didalam dada dan petunjuk.
Muhasabah diri kita dengan menanya diri: "Adakah kita sentiasa melakukan perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah lalu mendapat hidayah daripadaNya atau kita bersahaja dalam memikirkan hal ini?" Nauzubillah, sesungguhnya mudah-mudahn kita tidak tergolong dalam golongan yang disebut diatas dimana pelbagai mukjizat dan pengajaran akan tetapi tidak mendapat hidayahNya. 

Sesungguhnya hidayah Allah itu akan mudah diterima jika tiada sesuatu yang menghalang dari ia sendiri hadir dalam hati kita sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi:
"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya."


Lihat dan renungilah diri kita, adakah ada dikalangan kita sudah berhijrah dan memperoleh mendapat hidayah Allah yang sangat berharga itu, atau ada yang masih didalam kegelapan oleh tindakan mereka sendiri. Bagaimana kita dengan Allah? Apakah hubungan kita dengan Allah? semoga kita semua mendapat tempat disisi Allah dan tergolong dalam golongan Hambanya yang mendapat hidayah dan petunjukNya.

-Artikel iluvislam.com-

No comments:

Post a Comment